Pengenalan tentang Uber dan Grab kepada orang baru.

uber-grab_vxwc

Uber adalah sebuah syarikat yang mula dibina pada tahun 2009 oleh Travis Kalanick di USA. Idea tercetus apabila pada tahun 2008 semasa di Paris, Travis mengalami kesukaran untuk dapatkan teksi. Dalam kepala dia terus terfikir, “kenapa tak boleh aku ‘tap’ sekali je dekat fon dan teksi boleh terus datang”. Dari idea ni, travis dan beberapa kawannya memulakan syarikat Uber yang bernilai 60 billion USD sekarang, dan sudah berada di hampir 66 negara seluruh dunia.
 
Grabcar atau dikenali sebagi MyTeksi dibina oleh Anthony Tan yang berasal dari Malaysia pada tahun 2012. Bermula di Malaysia, Grabcar berkembang ke negara-negara South East Asean (SEA) yang lain seperti, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam dan Jakarta. Walaupun Grab tak sebesar Uber, pemintaan grab semakin berkembang di 6 buah negara ini.

gambar-iklan-daftar-uber

Matlamat Uber dan Grab adalah sama. Mereka memudahkan penumpang untuk book transport dengan ‘tap’ dekat smarphone sahaja. Bezanya adalah, driver-driver Uber atau pon Grab tidak bawak teksi warna merah atau kuning tu, mereka bawak kenderaan sendiri untuk menghantar penumpang. Bukan semua orang layak menjadi pemandu Uber dan Grab, mereka perlu memenuhi requirements yang dikehendaki oleh pihak syarikat untuk memastikan keselamatan penumpang dan juga driver.
 
Apabila penumpang download aplikasi Uber atau pon Grab di play store dan app store, mereka boleh letak alamat pick up, alamat destinasi, anggaran tambang (Uber), tambang tetap (grab) dan boleh tau lokasi driver yang paling dekat dengan mereka. Penumpang dah tidak perlu lagi tunggu di bus station atau tengah panas untuk dapatkan transport. Tekan dekat smartphone sahaja dan terus dapat transport samada di dalam rumah, office, shopping mall, dan lain-lain lagi. Keselamatan juga dijamin kerana apabila penumpang book Uber atau Grab, penumpang akan terus dapat detail driver di smartphone mereka seperti gambar muka, nama dan plate kereta. Sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini samada kepada driver atau penumpang, maklumat driver dan penumpang telah disimpan di data base syarikat dan mereka boleh gunakannya untuk menjejaki pesalah yang bertanggunjawab. Dan tidak lupa juga, insuran akan cover driver dan penumpang sekirang ada kemalangan berlaku.
Contoh aplikasi Uber untuk penumpang

Contoh aplikasi Uber untuk penumpang

Bila bukak app uber, penumpang diberi 3 pilihan untuk pilih jenis kereta yang mereka perlu. uberX, uberXL, atau uber black. Boleh rujuk gambar nak pilih yang mana. uberX adalah kereta 5 seater dan biasenya kereta-kereta seperti myvi, vios, city, axia, almera, saga, persona dan kereta-kereta yang lebih kurang sama kategori. UberXL pula adalah kereta 7 seater yang lebih besar untuk bawak ramai orang atau banyak bag. Uber black adalah kereta yang lebih mahal seperti camry, accord, audi, bmw, mercedes dan lain-lain lagi. Harga bagi setiap kategori jugak adalah berbeza dan yang paling murah adalah uberX diikuti uberXL dan uber black. Di applikasi uber , penumpang boleh check berapa anggaran tambang sebelum book. Kebiasaanya tambang tidak akan lari jauh dari anggaran. Uber akan charge ikut berapa kilometer dan berapa minit perjalanan tersebut.

Contoh aplikasi Grab untuk penumpang

Contoh aplikasi Grab untuk penumpang

 
 Berbeza dari Uber, tambang Grab adalah tetap (tidak termasuk toll atau lebih drop point) bila penumpang sudah memasukkan alamat destinasi. Boleh rujuk gambar fare sudah di tetapkan. Grab juga ada beberapa pilihan untuk pilh jenis kereta dan Grabcar adalah pilihan yang paling murah. Sesetengah orang pilih untuk naik Grab apabila jalan sesak kerana tambang tidak berubah walaupon perjalanan lebih lama. Ada juga sukapilih Uber kerana lebih murah dan senang untuk dapat driver. Penumpang biasanya akan cuba harga di dua-dua platform dan pilih yang mana yang lebih murah.

 


daftar-grab


Dari segi pembayaran pula, Uber dan Grab provide dua cara iaitu credit card dan cash. Kalau pakai credit card, penumpang hanya perlu register kan card sekali sahaja di aplikasi Uber atau Grab dan setiap kali lepas naik Uber atau Grab, card akan dicharge automatically. Tidak perlu keluarkan credit card lagi untuk bayar. Sekiranya pilih payment cash, lepas naik Uber atau Grab, penumpang akan bayar ikut final amount yang akan dipaparkan di phone driver.

 

Penumpang boleh rate driver dan komen.

Penumpang boleh rate driver dan komen.

Selepas menaiki samada Uber atau Grab, penumpang perlu bagi rating 1 hinga 5 bintang kepada driver berdasarkan keselesaan penumpang. Rating adalah sangat penting untuk driver. Rating yang rendah dan banyak komplain boleh membuatkan driver di berhentikan oleh pihak syarikat. Syarikat hanya mahu driver yang boleh bagi servis yang terbaik. Jadinya driver yang memandu untuk Uber atau Grab lebih berhemah, menjaga kebersihan, dan peramah untuk dapatkan rating yang tinggi. Berminat untuk jadi driver uber atau grab boleh klik disini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.