9 Tips penting sebelum mula memandu untuk Uber atau Grab

washing-a-car
 
 

Sebelum mula memandu untuk Uber atau Grab, pastikan beberapa perkara yang kita kena lakukan dulu supaya pemanduan lebih selesa, lancar dan memuaskan hati penumpang. Kesemua nilai ini mampu menaikkan rating kita sebagai pemandu Uber atau Grab.


14060004_1272908999395586_935694677_o

Kami akan listkan 10 tips untuk pemandu baru yang ingin berjaya dengan Uber atau Grab.
 
1.Pastikan anda mempunyai Touch N Go atau Smart Tag (Digalakkan)
Akan ada bayaran tol bila bawa penumpang. Maintain sekurang-kurangnya RM30 setiap hari.
 
 
2.Beli pemegang handphone untuk letak dalam kereta anda
 Pemegang handphone akan bantu memudahkan kita menggunakan aplikasi Uber ata Grab dan GPS. Contoh seperti di bawah.
 
screenshot-2016-10-10-17-38-48

Baseues gunakan magnet untuk hold

screenshot-2016-10-10-17-36-08

Baseus car mount

3.Gunakan waze sebagai navigation anda
Waze kenal pasti jalan-jalan di Malaysia dengan lebih teliti disamping memberi anggaran masa ke destinasi yang 90% tepat.
 
 
4.Mesti ada charger phone dalam kereta atau powerbank
Prepare charger handphone kereta atau powerbank kerana pengunaan aplikasi Uber atau Grab dan GPS akan mempercepatkan pengunaan bateri.
 
 
5.Prepare RM100 cash dalam wallet pecah-pecahkan kepada RM20,RM10,RM5 dan RM1 dan syiling.
Ada dua cara pembayaran customer kepada pemandu. Credit card dan cash. Jika customer bayar cash, anda kena preparekan balance siap-siap.
 
 
6.Pastikan kereta bersih luar dan dalam.
 Kereta bersih luar dan dalam boleh meningkatkan keselesaan penumpang dan sekaligus boleh naikkan rating juga.
 
 
7.Pastikan bau kereta wangi.
Selain bersih, bau juga mainkan peranan. Boleh pegi beli perfume yang gantung di back mirror tu. Harga pon lebih kurang RM6 sahaja. Pilih bau yang sedap-sedap, barulah penumpang rasa lebih selesa.

daftar-grab
 

 

8.Kosongkan bonet kereta anda
Pastikan bonet sentiasa kosong kerana ada penumpang yang bawa bag besar ke airport, stesen bas atau train station.
 
9.Pastikan minyak full tank sebelum mula memandu
Sentiasa monitor minyak kereta kalau buat Uber atau Grab full time. Kalau boleh isi penuh awal-awal supaya jimat masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.