‘Kalau kau drive macam tu je mmg susah nak pegi bro, kau kena main surge dengan boost’

surgevsboost

Ramai di kalangan orang yang baru start drive untuk Uber tiada strategi yang betul untuk drive. Mereka drive terus tanpa tujuan dan mengharapkan duit banyak masuk minggu-mingu. Ini adalah kesilapan ramai pemandu dan akhirnya berhenti dan melepaskan peluang yang ada depan mata.

Uber ada offer beberapa promotion yang mampu menambahkan income driver. Antaranya adalah surge, dan juga earning boost. Jika anda serius nak buat duit dengan Uber, anda harus faham betul-betul macam mana fungsi surge dan earning boost ni.

Surge (Pusuan)

14697333_1274621902557629_1992272150_o

Contoh surge dalam uber driver map

Surge adalah kawasan merah yang ada di peta uber anda. Kawasan merah ini bermaksud permintaan uber di kawasan tersebut terlalu ramai dan driver tidak cukup. Bila sesuatu kawasan itu jadi merah, maknanya berlaku kenaikkan harga berkali ganda dari x 1.1 dan keatas. Di USA, surge boleh naik sehingga  8 kali ganda pada musim sejuk. Paling tinggi di Malaysia kemungkinan 4 atau 4.5 sahaja.

14625663_1274627592557060_1006161479_o

Masa tengah surge pricing x 2.2

Driver yang betul-betul ingin tambah income seharusnya target kawasan-kawasan surge di dalam peta. Lagi merah kawasan peta tersebut, lagi tinggi harga surge. Startegi yang boleh driver guna adalah offline kan dulu uber app anda, bila betul-betul masuk kawasan merah, online kan balik. Kami tak janjikan yang anda akan sentiasa dapat surge tapi kena tengok map dan target untuk masuk kawasan merah. *AWAS, kawasan surge biasanya tidak akan lama berada di dalam peta, kebiasaanya hanya 5-15 minit bergantung kepada keadaan kawasan tersebut. Anda harus bijak untuk dapatkan harga surge.

 

Earning boost

Earning boost pada map uber

Earning boost pada map uber

Ini adalah salah satu promosi lain yang akan diberi kepada sesetengah driver uber. Tidak semua orang akan dapat promosi yang sama, ada diantara driver dapat boost tinggi, ada dapat rendah. Alasan dari pihak uber adalah mereka akan bagi boost tinggi kepada driver secara bergilir-gilir dan semua orang akan merasa bila time mereka tiba. Boost sedikit berbeza dengan surge tetap masih sama iaitu berkali ganda harga tambang. Perbezaan pertama adalah  kita akan diberitahu oleh Uber bila time yang boost akan ada dalam map, so kita boleh merancang awal-awal bila nak drive untuk dapatkan boost.

14632638_1274627685890384_1458278590_o

Boost juga tidak ada 25% charge seperti surge. Apa yang kita dapat dari boost memang uber akan bagi kita bersih. Strategi yang harus digunakan oleh driver adalah tengok promosi yang uber berikan dan susun jadual untuk drive semasa boost disediakan. Sama seperti surge,  offline dulu uber driver app anda, bila masuk kawasan boost baru online semula.

 

Secara ringkas perbezaan surge dan boost

 

 

Surge

 

Earning Boost
 

Masa berlaku

Masa berlaku adalah tidak tetap. Selalunya akan berlaku bila peak hours, events, konsert dan sebagainya.

 

Masa berlaku

Jadual boost disediakan. Anda hanya perlu check di uber driver app anda. Boleh plan awal-awal nak dapatkan boost.

Siapa yang dapat

Semua driver akan dapat surge yang sama di map uber drive app mereka.

 

Siapa yang dapat

Nilai earning boost kepada driver adalah tidak sama. Ada sesetengah orang akan dapat lebih tinggi. Ini diberi secara random. Pemandu baru tidak akan dapat serta merta.

 

 

Berapa % uber ambik

Uber akan ambik 25% dari nilai surge

 

Berapa % uber ambik

Uber akan ambik 0% dari nilai boost.

 

Pengiraan 

Contoh surge:

 

Tambang: RM15

Surge ( x 2.2) = RM18 (RM15x2.2-RM15)

*nett

75% dari tambang + 75% dari surge

 

(RM15 x0.75)+(Rm18 x 0.75) = RM24.75

 

Pengiraan 

Contoh Boost:

 

Tambang: RM14.56

Boost ( x 1.4) = RM5.82 (RM14.56×1.4-RM14.56)

*nett

75% dari tambang + 100% dari boost

 

(RM14.56 x 0.75) + (RM5.82 x 1.00) = RM16.74

Leave a Reply

Your email address will not be published.