Layak ke anda drive Uber atau Grab?

Dengan ekonomi yang semakin tidak baik, makin ramai orang mula melakukan dua kerja untuk menampung keluarga. Uber dan Grab antara pilihan utama ramai orang pilih sebagai dua kerja kerana flexible hours dan pulangan yang lumayan. Untuk orang yang buat Uber atau Grab part-time, mereka akan drive sebelum masuk kerja atau selepas waktu kerja kerana kalau diikutkan, 24 jam kalau larat drive pon boleh kerana permintaan akan sentiasa ada, tetapi bergantung kepada kawasan juga. Kelayakkan untuk jadi pemandu Uber atau Grab bukan semudah yang disangkakan.
 Setiap orang yang mohon untuk jadi pemandu, mereka perlu memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh syarikat. Yang paling utama dia mestilah rakyat Malaysia dan mempunyai kad pengenalan yang sah. Pihak syarikat akan menyemak latar belakang pemohon untuk memastikan pemohon tidak ada rekod-rekod jenayah. Pemohon yang ada saman-saman yang tertunggak jugak tidak lepas untuk mohon selagi saman tersebut tidak di langsaikan.Pemandu juga mestilah berumur 21 tahun dan keatas dan mempunyai lesen penuh. Lesen P yang setahun jagung tu tidak lepas ye, minta maaf, anda masih perlukan pengalaman lagi untuk memandu sebelum boleh bawa penumpang.
 myproud-campaignlandingpageheader-launch
 
Syarat seterusnya adalah mempunyai kenderaan sendiri yang masih elok dan tahun 2008 dan keatas. Ini untuk pastikan kenderaan pemandu tidak terlalu lama sekaligus menjejaskan keselamatan pemandu dan penumpang. Kenderaan yang layak jugak mestilah mempunyai 5 tempat duduk atau lebih serta 4 pintu. Ini untuk memastikan keselesaan penumpang.
Sekiranya syarat-syarat di atas dipatuhi, anda memang layak untuk memandu Uber atau Grab. Pengaktifan akaun biasenya dilakukan kurang dari 24 jam jika tiada masalah dan anda boleh terus start untuk drive. Jika masih belum register untuk memandu boleh register disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.